skmlg1.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN MULONG (1)
KOTA BHARU, KELANTAN. Tel : 097126906, Faks : 097129737
e-mel : skmlg1.zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | SEJARAH | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE |

SEJARAH SEKOLAH

Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Sekolah Kebangsaan Mulong (1) merupakan sebuah sekolah yang terletak di lokasi luar bandar, yakni di luar kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, kira-kira 15 kilometer daripada pusat bandar Kota Bharu.  Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1928. Ianya bermula sebagai sebuah sekolah rakyat dengan bangunan berdinding buluh dan beratap nipah. Sekolah ini memulakan operasinya pada zaman penjajah  sebagai sebuah sekolah dengan bahasa pengantar Bahasa Inggeris.  Lokasi asal sekolah ini ialah di Batu 6, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan.

Pada tahun 1938, sekolah ini telah berpindah ke kawasan pekan  Kedai Mulong,   Kota Bharu, Kelantan. Sekolah ini kekal di lokasi baru ini sehingga kehari ini. Perubahan lokasi ini dibuat kerana lokasi asalnya tidak begitu sesuai dengan kepadatan komuniti di situ.   

 Sekolah ini mendapat peruntukan bangunan baru oleh pihak kerajaan, yang terdiri daripada dua blok bangunan dua tingkat bilik darjah serta pejabat dan satu blok kantin pada tahun 1974.  Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang pada ketika itu Menteri Pelajaran Malaysia pada 19 Februari 1976.

Kemudahan prasarana terkini, Sekolah Kebangsaan Mulong (1) terdiri daripada tiga blok bangunan dengan 24 bilik darjah dan satu pra sekolah. Sebuah bangunan kantin dan sebuah makmal komputer yang baru siap dan belum memulakan operasi kerana kelengkapan peralatan belum disiapkan. Enrollmen pada 31 Januari 2006 ialah seramai 984 murid dan keseluruhannya merupakan bangsa Melayu.  50 orang guru, lima kakitangan sokongan dan empat orang pekerja swasta bahagian membersihkan kawasan sekolah serta dua orang pekerja swasta jaga sekolah. Sekolah Kebangsaan Mulong (1) merupakan sekolah gred A dan persekolahan satu sesi.


Sejarah telah menunjukkan ramai bekas murid sekolah ini yang telah berjaya di dalam pelbagai bidang. Antaranya Tan Sri Aziz Ab Rahman, bekas Pengarah Urusan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Yang Berhormat Dato' Hj Shkori b Hj Mohamad, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, En Shaari b Salleh, bekas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, En Wan Awang Wan Yaakub, bekas KSU Kementerian Dalam Negeri serta ramai lagi.

 


Bangunan kantin sekolah
Bangunan Perpustakaan sekolah

  Terima Kasih Kerana Melayari Laman Web Sekolah Kebangsaan Mulong (1)


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: