skmlg1.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN MULONG (1)
KOTA BHARU, KELANTAN. Tel : 097126906, Faks : 097129737
e-mel : skmlg1.zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | SEJARAH | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE |


SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(MOHD ZAIDI BIN HAJI YUSOF)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih bagi pihak seluruh warga pendidik dan PIBG kerana tuan-puan sudi melayari laman web sekolah kami.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Kami sentiasa bersedia menerima sebarang teguran dan cadangan daripada ibu bapa, masyarakat sekitar dan sesiapa sahaja yang sudi membantu kami dalam usaha untuk membuat penambahbaikan laman web kami yang tidak sepertinya ini.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini, khususnya guru-guru laman web sekolah.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang gemilang dan terbilang.

Wassalam.



  Terima Kasih Kerana Melayari Laman Web Sekolah Kebangsaan Mulong (1)


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: